Penyokong PAS Kecewa UMNO Terima Aktivis PAS Jadi Ahli

Penyokong PAS Kecewa UMNO Terima Aktivis PAS Jadi Ahli

Penyokong PAS mempersoalkan tindakan UMNO menerima kemasukan bekas aktivis PAS ke dalam UMNO, Rosle Ali semalam sebagai satu tindakan yang mengkhianati Muafakat Nasional.

“Gane jadi gitu.. Wakpe khianati MN? Mu duk marah Bersatu curi ahli UMNO tapi Mu pulak duk jaja Ahli PAS masuk UMNO.. Klu ikhlas tak main kotor gini…” tulis PK.

Menurutnya agi, UMNO mula bermain kasar, dan mengancam agar jangan buat orang PAS hilang sabar terhadap UMNO dan meminta ahli PAS tidak meninggalkan parti demi sedikit habuan.

“Dah mola Main kasar nampaknya.. Jgn buat org pas hilang sabar… Dah byk keperitan dan pahit maung yg Pas telan demi sebuah muafakat dan kelangsungan perjuangan umat hingga ramai ahlinya yg makan hati dan berkerat rotan…”

“Utk yg nak keluar Pas Tolonglah bersabar sekejap dlm perjuangan jgnlah kerana sedikit manisan sanggup ditinggalkan asas perjuangan yg dimulakan !”

Seorang lagi penyokong PAS, Wan Norazmi Wan Mohd menuduh kemasukan Rosle adalah kerana kecewa jawatan diambil balik;

“Kecewa jawatan diambil ke… Dari Allah kita dtg… kpd Allah kita kembali….” tulis Wan Norazmi

Azli Wan Long pula berharap Rosle berpatah kembali kepada PAS kerana menruutnya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan

“Harap ali berpatsh balik… tiada masaalah yg tak boleh diselesaikan..”

CATEGORIES