Penyertaan BERSATU Ke Dalam Muafakat Nasional Ditolak?

Penyertaan BERSATU Ke Dalam Muafakat Nasional Ditolak?

Permohonan Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) bakal dibincangkan melalui mesyuarat gabungan itu pada malam ini yag akan disertai Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang selalu diadakan secara dwi mingguan itu sebelum ini beberapa kali tertangguh atas beberapa sebab termasuk kerana proses pilihan raya negeri Sabah.

Berita Harian Online melaporkan Setiausaha Agung MN, Annuar Musa berkata bahawa usul berkaitan kemasukan Bersatu secara rasmi dalam MN sememangnya sudah ada dalam minit mesyuarat sebelum ini dan ia akan dibincangkan malam ini.

Bagaimanapun, menurut Annuar, tiada wakil Bersatu yang akan hadir.

Muhyiddin sebelum ini mengumumkan Bersetuju untuk menyertai MN setelah dipelawa, walau bagaimanapun Annuar berkata memorandum persefahaman (MoU) perlu dirangka terlebih dahulu sekiranya Bersatu sah menyertai MN, hal ini kerana Piagam lama sudah tidak boleh digunakan sekiranya BERSATU menyertai MN kerana ia hanya melibatkan PAS dan UMNO.

Walaubagaimana pun, keputusan samada BERSATU diterima atau ditolak akan diperoleh tidak lama lagi

CATEGORIES