Penyelia Taska Dirompak Di Hulu Terengganu

Penyelia Taska Dirompak Di Hulu Terengganu

Seorang penyelia taska berdepan detik cemas bersama 6 pelajar apabila seorang lelaki yang bersenjatakan senapang angin memasuki premis dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang sambil mengacu senapang angin di kepala mangsa, lapor BERNAMA.

Suspek juga telah melepaskan tembakan terkena pada bahagian lantai dapur taska tersebut setelah mangsa cuba menepis senapang terbabit.

Suspek kemudian mengambil beg tangan milik mangsa sehingga berlaku tarik menarik antara mereka sehingga suspek berjaya melarikan beg tangan dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah.

Mangsa kehilangan barangan kemas, wang tunai berjumlah RM4,000, telefon bimbit dan dokumen peribadi namun mangsa dan enam kanak kanak asuhan tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan masih dijalankan.

CATEGORIES