Penjaja Lampu Isyarat bandar KT, apa dasar kerajaan negeri


Apa sebenarnya komitmen polisi kerajaan Pas Terengganu terhadap penjaja di lampu isyarat yang kini kembali berniaga? Inilah yang menjadi tanda tanya sekarang.

Dahulu kerajaan negeri melalui MBKT bukan main menguatkuasakan peraturan melarang menjual di lampu isyarat. Bahkan digazet sepatutnya berakhir pada Disember 2019 dan telah pun ada penjual yang disaman.

Tetapi, menurut pemerhatian Terengganu Fokus,   kini aktiviti ini telah kembali berleluasa.

“Sebenarnya kerajaan Negeri serius atau tidak dengan polisi ini,” tanya orang ramai mengenai polisi ini.

Bagi mereka, jika peraturan ini sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja, adalah lebih baik Pas Negeri melalui Exco Usahawan dan Peniaga Kecil membantu saja kelompok peniaga ini.

“Tidak perlulah digempur bagai sedangkan usaha sekerat jalan sahaja. Mana keadilan kepada mereka yang pernah disaman?” kata Mohamad Jusoh salah seorang penduduk tempatan yang ditemui.

 

CATEGORIES