Peniaga Kecewa Sewaan Bazar Ramadan Dinaikkan dari RM130 ke RM200

Peniaga Kecewa Sewaan Bazar Ramadan Dinaikkan dari RM130 ke RM200

Seorang pengusaha jualan makanan di bazar ramadan melahirkan rasa kecewa apabila harga sewaan bazar kini dinaikkan dari RM130 sebelum ini kepada RM200 pada tahun 2021.

Peniaga yang menjalankan peniagaan di Bazar Ramadan di Dun Langkap itu mengatakan dalam keadaan susah, tindakan pihak berkuasa menaikkan harga sewaan cukup membebankan.

“Maju,Berkat,Sejahtera macam mana gini, dulu dok rajin sewa sampai 200 di bazar kawasan kapung, paling tinggi 130 leni sampai 200 dooh lalu gi buat,” luah Aryami Mansor, pengusaha yang tinggal di kampugn Langkap, Setiu.

Hazmi Ibrahim pula meluahkan rasa kecewa beliau bahawa kerajaan boleh lantik ramai staf orang di pejabat penyelaras dun tetapi duit rakyat diperah habisan untuk membiayai penggerak parti.

“Ambo gi pejabat penyelaras dun penuhstaf, dulu zaman bn 2-3 orang jah, mana tak parok pitih pahtu mula kerah pitih rakyat nyo”

CATEGORIES