Peniaga Bazar Di Terengganu Didenda Langgar PPKM

Peniaga Bazar Di Terengganu Didenda Langgar PPKM

Peniaga bazar di Terengganu dikompaun sebanyak RM5,450 atas pelbagai kesalahan bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM).

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, jumlah kompaun tersebut adalah daripada 52 notis dikeluarkan hasil pemeriksaan dijalankan terhadap bazar Ramadan di seluruh negeri, lapor Sinar Harian.

“Daripada 52 notis tersebut, 31 notis kerana kesalahan tidak memakai apron, peniaga atau pekerja tidak mengikuti kursus pengendalian makanan (11), kebersihan diri yang tidak memuaskan (8) dan lain-lain kesalahan (2).

“Notis tertinggi dikeluarkan melibatkan daerah Besut sebanyak 14, diikuti Marang (12), Setiu (9), Kuala Nerus (7), Kuala Terengganu (3), Dungun (3), Kemaman (3) dan satu notis di Hulu Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian

CATEGORIES