Pengerusi UMNO Perak Nafi Akan Khianat Perikatan Nasional

Pengerusi UMNO Perak Nafi Akan Khianat Perikatan Nasional

Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menafikan bahawa Adun parti itu sedia bekerjasama dengan PH walaupun mungkin berlaku perubahan di peringkat persekutuan.

Sebelum ini, Adun Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad,mendakwa wujud ketegangan antara Umno dan Bersatu dalam banyak isu di negeri ini termasuklah isu perlantikan JKKK dan isu salah guna kuasa dan kelemahan pendadbiran di Perak yang turut dibangkitkan oleh ahli UMNO.

Selain itu ada desas-desus mengatakan sebahagian pihak dalam Umno Perak tidak senang dengan Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak.

Namun, Saarani tetap menegaskan ia tidak akan berlaku dan jika ia terjadi, Ia satu mimpi ngeri kepada UMNO Perak, beliau walaubagaimana pun tidak menafikan kemungkinan dakwaan Anwar mempunyai sokongan MP yang cukup untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan namun untuk di negri perak, mereka mempunyai 35 kerusi jadi tidak memerlukan untuk mengalih sokongan kepada Pakatan Harapan.

CATEGORIES