Pengerusi UMNO Kelantan Desak PN Bubar Parlimen

Pengerusi UMNO Kelantan Desak PN Bubar Parlimen

Ahli parlimen Machang yang juga merupakan Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob mendesak Muhyiddin Yassin agar segera mengadakan pilihan raya dalam bulan januari 2021 atau beliau akan melepaskan jawatan yang dipegang dalam kerajaan.

“Sudah pasti saya ada maruah, saya ada prinsip. Saya tidak mahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

“Kalau saya tarik diri saya akan sertakan sekali peletakan jawatan dalam kerajaan, kerana saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,” katanya di petik Malaysiakini

Jazlan yang merupakan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu menegaskan suara akar umbi melalui 12 bahagian Umno di Kelantan yang meluluskan usul untuk tidak meneruskan kerjasama dalam kerajaan PN mest dihormati.

Jazlan memberi tempoh sehingga hujung Januari ini untuk Muhyiddin membubarkan parlimen.

“Apa yang saya buat adalah demi kepentingan parti dan mengambil kira suara akar umbi,”

“Namun apa yang penting parlimen mesti dibubarkan,” katanya.

CATEGORIES