[ PRN SABAH] – Pengerusi PKR Sabah Keluar Dewan Waktu Pengumuman Calon Warisan

[ PRN SABAH] – Pengerusi PKR Sabah Keluar Dewan Waktu Pengumuman Calon Warisan

Parti Warisan dan Pakatan Harapan (AMANAH dan DAP) secara rasmi telah mengumumkan calon mereka hari ini yang kesemuanya akan bertanding menggunakan logo Warisan, namun ketika pengumumkan itu berlangsung, Pengerusi PKR Sabah beserta pengikutnya telah bertindak keluar dewan dipercayai tidak berpuas hati dengan agihan kerusi yang diumumkan.

Sekumpulan anggota PKR kemudian dilihat meninggalkan dewan tidak lama selepas dilihat berbincang dengan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

Pengumuman calon oleh Presiden Warisan turut membabitkan 6 kerusi yang diumumkan oleh PKR akan ditandingi oleh mereka, menjadikan hanya 7 kerusi PKR tidak disentuh iaitu Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias, dan Sook.

Dalam pengumuman PKR Sabah semalam, parti itu berhasrat untuk mendapatkan kerusi Kemabong, Membakut, dan Petagas kepada mereka Wlau bagaimanapun, kerusi Kemabong diserahkan kepada Upko dan WARISAN tidak akan melepaskan Membakut dan Petagas.

Wartawan cuba mengikuti Liew ketika beliau dilihat ingin keluar namun Liew tidak memberi respon sebaliknya berkata mahu ke tandas, namun sehingga tamat program beliau tidak kembali ke dalam dewan.

Parti AMANAH dan DAP sehingga akhir kekal di dalam dewan , begitu juga UPKO yang turut bersama hingga ke akhir program. AMANAH dan DAP mengumumkan akan bertanding menggunakan logo WARISAN .

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/542042

CATEGORIES