Pengarah MTD DUN Kijal Dari PAS Langgar SOP Covid-19

Pengarah MTD DUN Kijal Dari PAS Langgar SOP Covid-19

Penyelaras Dun Kijal dari PAS, Hazri Bin Jusoh secara terbuka telah bertindak melanggar SOP ditetapkan oleh kerajaan PAS sendiri apabila bertindak hadir majlis berbuka puasa bersama keluarga di Pantai sekitar Kampung Penunjuk, Kijal.

Kerajaan Negeri pada 14 April telah mengeluarkan arahan larangan untuk berbuka puasa dikawasan lapang/ awam termasuk di kawasan tepi pandai di seluruh negeri Terengganu.

Larangan dikeluarkan oleh Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan) Terengganu Yusaini Amir Mohamad Nor telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas (Pengurusan Darurat dan Pandemik) Negeri Terengganu pada 13 April 2021.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersetuju untuk tidak membenarkan aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang, taman awam dan tepi pantai di seluruh Negeri Terengganu.

“Selaras dengan keputusan mesyuarat itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta membuat hebahan, pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan PBT masing-masing,”

Tindakan Pengarah MTD Dun Kijal yang juga merupakan calon PAS Dun Kijal menentang Ahmad Said pada PRU14 lalu telah mendapat kritikan netizen dan menganggap pemimpin PAS tersebut tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat bahkan dengan berani melanggar ketetapan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Sani Hussein dalam satu komen meluahkan rasa kesal kerana pemimpin secara terbuka melanggar SOP namun sekiranya rakyat biasa pastinya sudah dikenakan tindakan kompaun.

Dilaporkan tiada tindakan terhadap Hazri setakat ini.

CATEGORIES