Penduduk diancam bahaya, pihak berkuasa gagal tangani hakisan pantai

Penduduk diancam bahaya, pihak berkuasa gagal tangani hakisan pantai

Seorang pengusaha kedai makan di Kampung Tanjung Gelam dekat Mengabang Telipot, Kuala Nerus mengeluh panjang selepas sebahagian kedainya musnah ekoran hakisan pantai malam semalam.

Pemilik D’Rumoh Pata yang dikenali Muda Habsah turut mengakui sebahagian tanah tersebut merupakan hasil peninggalan nenek moyang mereka yang sudah didiami mereka hampir 57 tahun.

Beliau yang dikenali sebagai Mama itu menjelaskan hanya tinggal bangunan surau yang masih bertahan. Tandas dan kiosk bangunan utama kedai berkenaan turut runtuh dan hanya tinggal sebahagian sahaja.

“Hanya hari ni tinggal surau ja lagi. Surau tu pun kalau pijak akan jerlus,” luahnya menerusi rakaman video yang dimuatnaik dalam laman sosial Facebooknya.

 

 

Beliau turut meluahkan kekecewaan kepada kerajaan negeri yang hanya mengadakan perbincangan demi perbincangan namun tidak ada sebarang tindakan susulan diambil.

“Masa bukan musim tengkujuh, YB tak dok nok mikir pasal aduan hakisan pantai.

Bila mari time ni, baru nak mikir cari dana untuk nak tambak pantai,” katanya.

TerengganuFokus difahamkan keadaan di sepanjang pantai tersebut rosak dan memerlukan penambahbaikan segera bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan.

CATEGORIES