Pemuda UMNO Terengganu Tawar Khidmat Sanitasi Awan Percuma Kepada Rakyat

Pemuda UMNO Terengganu Tawar Khidmat Sanitasi Awan Percuma Kepada Rakyat

Pemuda UMNO Terengganu, menawarkan khidmat sanitasi awam percuma kepada pihak memerlukan.

Program yang disebar melalui Facebook Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz itu terbuka untuk mana mana pihak memaklumkan sekiranya perlu khidmat sanitasi melibatkan tempat awan seperti taman permainan, masjid, bangunan awam dan sekolah.

“InsyAllah, sekiranya ada sahabat sahabat perlukan kami, Pemuda UMNO Negeri Terengganu bantu untuk nyahkumankan kawasan awam berhampiran, boleh hubungi kami. Percuma!” tulis Tengku Haphiz di facebook beliau dengan Hastag #PrayForRakyat.

CATEGORIES