Pemuda UMNO Terengganu Kesal Khidmat Sanitasi Di Sekolah Dibatalkan Atas Arahan Pihak Tertentu

Pemuda UMNO Terengganu Kesal Khidmat Sanitasi Di Sekolah Dibatalkan Atas Arahan Pihak Tertentu

Ketua pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera melahirkan rasa kecewa dgn sikap sesetengah pegawai kerajaan dalam kementerian pendidikan utk terus berpolitik dan membebankan guru².

Hal ini dipercayai berkaitan dengan arahan pihak tertentu yang membatalkan program khidmat sanitasi percuma oleh Pemuda UMNO.

Tengku Haphiz merayu agar pihak terbabit untuk bertimbang rasa dan dengar nasihat perana menteri agar seluruh pihak bekerjasama dalam usaha banteras rantaian covid19

“Salah ke kami Pemuda UMNO utk bg khidmat nyahkuman percuma di Sekolah²? kami buat sbg tanggungjawab sosial utk anak bangsa, kalau kata kami nk sebarkan dakyah politik, bukan nya kami bertemu pelajar pun. Sikap takut pd byg² sndiril beginilah akan melembabkan proses Kita Menang Melawan Covid19!” tulis beliau di laman Facebook.

Beliau turut kongsikan pautan dari SABIL Besut yang memaklumkan menerima panggilana dari guru sekolah yang pernah memohon khidmat sanitasi, tetapi terpaksa dibatalkan kerana arahan pihak tertentu.

“Pagi ini terima panggilan tel daripada guru disebuah sekolah. Sebelum ini pernah pohon khidmat sanitasi daripada kami tapi TERPAKSA batalkan kerana arahan tertentu.”

“Sebelum ini di sekolah ini ada 2 orang guru positif covid 19, tetapi belum disanitasi oleh pihak berkenaan. Mereka bekerja dalam keadaan takut dan bimbang. Ibubapa juga risau anak anak mereka untuk ke sekolah. Jadi bagi mengurangkan kerisauan guru guru serta pelajar maka guru guru di sekolah ini berpakat untuk sanitasi sendiri sekolah mereka.”

Mereka lahirkan rasa sedih kerana tidak berdaya membantu namun kagum dengan komitment para guru yang bukan sahaja mengajar tapi berusaha untuk sanitasi satu sekolah.

“Sedih apabila mendengarnya, namun jauh disudut hati kami ingin membantu tapi apakan daya kami tak berdaya.”

“Semoga guru guru dan pelajar tabah dengan ujian ini dan semoga Allah S.W.T melindungi kita semua.. Aminn.”

CATEGORIES