Pemuda UMNO Terengganu Istihar Teguh Bersama Zahid Hamidi

Pemuda UMNO Terengganu Istihar Teguh Bersama Zahid Hamidi

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menegaskan UMNO Terengganu akan terus teguh bersama Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan kekal di dalam UMNO.

Beliau memberi reaksi terhadap kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa berkenaan sokongan Zahid kepada Anwar Ibrahim dan dakwaan UMNO ingin bersama DAP.

Menurut Tengku Haphiz, UMNO bukan milik seorg atau dua orang sebaliknya Setiap keputusan besar seperti pembentukan kerajaan memerlukan keputusan yg diputuskan diperingkat Majlis Kerja Tertinggi atau Perhimpunan Agung UMNO.

“Setakat hari ini, sejak 2018, UMNO dh putuskan NO Anwar, NO DAP.
Habis tu kenyataan Anuar Musa? La, dia bukan lagi SUA UMNO, persoalan saya pulak, kenapa selepas ditukar SUA, baru keluar macam²,semasa jadi SUA,kalau betul kenapa tak dedahkan? So, fahamkan” tulis beliau dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

Tengku Haphiz mendesak agar mana mana pihak untuk berhenti buat fitnah terhadap presiden UMNO dan menyifatkan rakan taawun mereka (PAS) sudah tidak boleh dipercayai.

Beliau menegaskan bahawa Pemuda UMNO akan menentang fitnah ini habis habisan.

CATEGORIES