Pemuda UMNO Terengganu Gesa UMNO Keluar Kerajaan PN Jika Gagal Buka Parlimen Segera

Pemuda UMNO Terengganu Gesa UMNO Keluar Kerajaan PN Jika Gagal Buka Parlimen Segera

Ketua pergerakan pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera mengesa UMNO untuk segera menarik diri dari kerajaan PN sekiranya kerajaan masih gagal membuka parlimen dengan segera sebagaimana titah YDPA.

Menurut Haphiz, tindakan itu wajar dibuat agar tidak terpalit dengan politik derhaka kepada titah raja.

“Pemuda UMNO Terengganu bersetuju dengan ketetapan Pemuda UMNO Malaysia untuk UMNO membuat keputusan tegas sekiranya kerajaan masih gagal untuk membuka PARLIMEN SEGERA! DAN SETERUSNYA KAMI INGIN MENCADANGKAN AGAR UMNO PERLU SEGERA KELUAR DARIPADA KERAJAAN INI SUPAYA TIDAK TERPALIT DENGAN POLITIK DERHAKA RAJA SEANDAINYA PENDIRIAN KERAJAAN INI TERUS ACUH TIDAK ACUH MEREALISASIKAN TITAH RAJA DAN TUNTUTAN RAKYAT.” , desak Tengku Haphiz dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu berpendirian untuk bersetuju dengan saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Asyraff Wajdi agar Parlimen Malaysia perlu segera bersidang dalam tempoh 14 hari.

“Sebagai kerajaan yang mendukung tinggi prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaaan seharusnya memahami Titah pandangan dan pendirian Yang Di Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Pemerintah sebagai panduan menyelesaikan kemelut rakyat kini, dan bukannya membuat tafsiran-tafsiran di luar konteks asal.”

“Melewat-lewatkan titah ini dilaksanakan menggambarkan sebagai tindakan berpolitik yang menjurus kepada penderhakaan. Pemuda UMNO Terengganu percaya parlimen adalah platform rasmi untuk ahli2 Parlimen mewakili rakyat masing-masing berbahas mencari formula paling ampuh membantu percepatkan proses vaksinisasi dan program bantuan ekonomi rakyat di musim PKP ini.”

CATEGORIES