Pemuda UMNO Terengganu Desak Kerajaan Tunai Janji

Pemuda UMNO Terengganu Desak Kerajaan Tunai Janji

Pemuda UMNO Terengganu, mengesa kerajaan Malaysia lebih bertanggungjawab terhadap janji mereka kepada rakyat untuk segera tubuh RCI Tabung Haji.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera dalam satu kenyataan menyebut teguran Ketua Audit Negara (KAN) terhadap Tabung Haji dalam Laporan Kewangan Tahunan 2018 berkenaan ketidakyakinan KAN bahawa Tabung Haji akan mendapat semula pelaburannya sebanyak RM27bilion daripada UJSB.

Menurut Tengku Haphiz, teguran kedua pula adalah berkenaan keuntungan Tabung Haji 2018 yang mana majoritinya datang daripada keuntungan tidak nyata (RM1.39b) berbanding keuntungan nyata sebanyak RM210 juta sahaja.

Pemuda UMNO Terengganu memandang berat isu tersebut dan kesal setelah 6 bulan Laporan ini dibentangkan, belum ada sebarang langkah proaktif dilaporkan sedang diambil oleh kerajaan dan TH bagi menyelesaikannya.

Menurut Tengku Haphiz lagi, adalah lebih mengecewakan apabila Laporan Tahunan 2019 pun masih belum ada khabar berita sedangkan kini sudahpun melangkah ke tahun 2021.

Pemuda UMNO Terengganu mendesak agar RCI ditubuhkan segera bagi menjawab segala persoalan berbangkit kerana menurutnya, Kelemahan TH adalah petanda kelemahan ekonomi umat Islam.

CATEGORIES