Pemuda UMNO Kuala Terengganu Lapor Polis Buku Tommy Thomas

Pemuda UMNO Kuala Terengganu Lapor Polis Buku Tommy Thomas

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Armi Irzan bersama jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO-Bahagian Kuala Terengganu ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis berkaitan penerbitan buku bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang tular baru-baru ini “My Story: Justice in the Wilderness”.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan,laporan polis dibuat berdasarkan kandungan tulisan bekas peguam negara yang dilantik oleh rejim Pakatan Harapan

“..penulisan yang jelas memberi ketidak adilan dalam kuasa legislatif dan bidang kuasa judisiari di Malaysia ini. Ia juga menyalahi dan telah mencemar kedaulatan Undang-Undang Malaysia ini.
Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan memberi keadilan terhadap mangsa salahguna kuasa bekas Peguam Negara ini.”

“Semoga keadilan dapat berpihak kepada mangsa pertuduhan politik Tommy Thomas dan sekutu serta kes-kes yang digugurkan semasa beliau berkhidmat dapat diadili kembali.”

CATEGORIES