Pemuda UMNO Kuala Berang Mahu Bantuan PKPD Di Hulu Terengganu Sekurangnya RM250

Pemuda UMNO Kuala Berang Mahu Bantuan PKPD Di Hulu Terengganu Sekurangnya RM250

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Berang, Yufrisyam Ibrahim berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu di atas pengumuman bantuan segera sebanyak RM420,000 kepada isi rumah penduduk Kuala Berang dan Daerah Kuala Terengganu yang terjejas dengan PKPD.

Menurutnya, bantuan tersebut sememangnya bertepatan pada waktunya kerana dijangkakan sekitar hampir 70% penduduk Kuala Berang pasti sangat terjejas terutama pada minggu kedua PKPD kerana ianya meliputi perbelanjaan tunai dalam keadaan yang sangat terbatas

Pemuda UMNO Kuala Berang turut mencadangkan agar bantuan ini hendaklah disampaikan secara tunai kerana perbelanjaan harian rumah adalah berbeza mengikut keperluan.

Menurutnya lagi, Bantuan juga mesti mengutamakan kumpulan asnaf, B40, penjaja kecil, pekerja swasta, keluarga yg memiliki isi rumah OKU, ibu tunggal dan mahasiswa. Sekiranya peruntukan masih berlebihan, isi rumah yg memiliki anak 4 orang dan ke atas juga blh dilibatkan di dalam bantuan ini.

Yufrisam Walaubagaimanapun turut berkata harapan besar mereka adalah rakyat Kuala Berang bantuan inj dapat disalurkan kepada seluruh isi rumah di kawasan PKPD Mukim Kuala Berang.

Pemuda UMNO Kuala Berang turut mencadangkan agar bantuan ini sekurang2nya sebanyak RM250 dan ke atas bergantung kepada keupayaan bantuan ini dan berharap disalurkan tanpa birokrasi yang menyulitkan kerana setiap kampung sudah memiliki jawatankuasa JPKK yang boleh membantu kerajaan negeri dengan segera.

CATEGORIES