Pemuda UMNO Gesa 5 Perkara Mengenai Belanjawan Wajar Dibahas Oleh MP

Pemuda UMNO Gesa 5 Perkara Mengenai Belanjawan Wajar Dibahas Oleh MP

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi berkata, 5 isu utama yang dibangkitkan oleh rakyat perlu dibahaskan diparlimen.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Seri Najib Razak akan menjadi Pembahas pertama mewakili BN pada hari Selasa diikuti Ahli-ahli Parlimen BN yang lain yang mana Secara rumusannya terdapat 5 perkara utama yang akan diperjuangkan oleh BN dalam sesi perbahasan

Dalam isu KWSP ,beliautelah mencadangkan berpandukan suara rakyat untuk dibenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP maksimum sebanyak RM10,000 dan tidak perlu bersasar kerana ia bersifat sukarela. Dakwa beliau, sekiranya ia dilaksana,kesannya hanya sekitar RM40 bilion iaitu hanya 4% daripada keseluruhan dana semasa KWSP sekitar RM940 bilion.

Dalam isu moratorium, beliau membangkitkan keperluan untuk perlanjutan tempoh moratorium secara automatik serta menuntut agak M40 dilayan lebih saksama iaitu dengan menilai kembali bantuan agar golongan M40 tidak dikesampingkan kerana kesan Covid-19 turut memberi impak besar kepada golongan M40.

Beliau turut memberi Cadangan awal agar diberikan bantuan RM50 sebulan untuk 12 bulan dalam bentuk E-Wallet untuk dimanfaatkan bagi pembelian data telefon bimbit sertakan dikembalikan baucar buku, kad siswa khas dan juga cadangan mengembalikan semula program MyBrain15 sebagai salah satu inisiatif pemulihan dan penjanaan semula ekonomi negara pasca Covid-19.

Ketua Pemuda itu juga meminta agar dikaji semula kesesuaian peruntukan yang terlalu besar untuk mengembalikan JASA pada ketika ini.

Menteri Kewangan dalam perbentangan belanjawan 2021 jumaat lalu menolak cadangan dari Pakatan Harapan dan BN berhubung beberapa perkara penting termasuk lanjutan moratorium.

CATEGORIES