Pemuda UMNO Dakwa BERSATU Akan Khianat UMNO Macam Mereka Khianat PKR, DAP

Pemuda UMNO Dakwa BERSATU Akan Khianat UMNO Macam Mereka Khianat PKR, DAP

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mempertikaikan tindakan UMNO yang kini dilihat hanya menurut ‘telunjuk’ walaupun memiliki kerusi terbesar dalam gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Menurut Najmil, sepatutnya UMNO yang memiliki kerusi terbanyak akan dominan dalam membuat keputusan.

Beliau bagaimanapun kesal kerana UMNO tidak menjadi dominan bahkan dilihat sering tunduk kepada telunjuk Bersatu.

“UMNO menyokong Bersatu hanya untuk menyelamatkan negara daripada krisis politik yang dicipta PH yang terdiri daripada Bersatu juga. Sebab itulah kerajaan PN ini tidak stabil dan sentiasa bergolak,” katanya Najmil

Najmil turut meluahkan kebimbangan dengan nasib UMNO jika hal sama berterusan. Beliau ingatkan UMNO akan jadi seperti DAP dan PKR yang memiliki kerusi terbesar namun akhirnya dikhianati oleh BERSATU.

Beliau menambah, Praktis pemerintahan seperti ini tidak baik untuk negara dan hanya merugikan rakyat Malaysia kerana negara ditadbir dalam keadaan kerajaan yang tidak stabil.
Beliau berkata, pemimpin Bersatu yang wujud pada hari ini juga datang daripada mandat UMNO.

CATEGORIES