Pemuda UMNO Cabar PPBM Tarik Diri Kerajaan Johor

Pemuda UMNO Cabar PPBM Tarik Diri Kerajaan Johor

Pemimpin Pemuda UMNO Kuala Nerus, Fauzi Mohd mencabar BERSATU untuk menarik diri dari kerajaan Johor.

“Sembang je lebih, kena jadi lebih jantan. Saya cabar BERSATU tarik sokongan kpd MB di Johor” , tulis beliau dalam satu ruangan komen di page Malaysiakini (BN Version)

Walau bagaimana pun, PPBM Berjiwa besar untuk tidak bertindak sedemikian.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu Johor setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dari parti Umno dan menegaskan fokus parti itu ketika ini adalah mengenai perihal rakyat selain tidak mahu menimbulkan sebarang pergolakan di semua peringkat.

“Setakat hari ini tiada apa-apa keputusan dibuat (tidak sokong Menteri Besar Johor).

“Fokus Bersatu, fikir tentang rakyat, agar tidak timbul pergolakan yang akan bawa kesan buruk di negeri (Johor) dan peringkat negara,” katanya dipetik Malaysiakini

CATEGORIES