Pemuda PAS Terengganu Desak Asyraf Wajdi Minta Maaf Kerana Merobek Hati Mereka

Pemuda PAS Terengganu Desak Asyraf Wajdi Minta Maaf Kerana Merobek Hati Mereka

Pemuda PAS Negeri Terengganu mendesak ketua pemuda UMNO Malaysia, Asyraff Wajdi meminta maaf diatas kenyataan beliau yang bersedia menyokong UMNO Terengganu berdepan PAS pada PRU15 akan datang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syafiq Irshad, menyebut DPPNT kesal atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan UMNO Malaysia yang menyatakan kesediaan mereka berlawan dengan kerajaan Terengganu dibawah kepimpinan PAS.

“Kenyataan beliau ini nyata mengguris hati kami khususnya para pemuda PAS yang sentiasa diasuh oleh para pemimpin PAS supaya terus bersabar dalam merealisasikan Muafakat Nasional demi kepentingan umat Islam di Negara Malaysia.” tulis Irsyad dalam satu kenyataan.

Pemuda PAS turut mendakwa ini bukan kali pertama bahkan sudah berkali hati mereka dirobek dengan kenyataan pimpinan UMNO yang mahukan perpecahan berlaku.

“Bukan sekali ini, malahan berkali-kali hati kami dirobek dengan kenyataan-kenyataan pimpinan UMNO yang terus menerus menginginkan perpecahan berlaku dalam MN khususnya di Terengganu ini.”

“Bagi kami, sudah sampai masanya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Ashraf Wajdi untuk bertanggungjawab diatas kenyataan beliau yang menambahkan kekeruhan dalam hubungan MN di bumi Terengganu ini.”

DPPNT turut mendesak Ashraf Wajdi untuk mengemukakan permohonan maaf dan menarik semula ucapan beliau sekiranya beliau ingin melihat muafakat ummah ini terus diperkasakan di Terengganu.

“Dan untuk sekian kalinya kami memberikan peringatan kepada mana-mana pihak baik kawan atau lawan, baik baru atau lama, janganlah sentiasa mengguris hati kami dengan perbuatan dan ucapan tidak matang.”

CATEGORIES