Pemuda PAS Pertahan Kenyataan Pertikai Syarat Najib

Pemuda PAS Pertahan Kenyataan Pertikai Syarat Najib

Timbalan Ketua Pemuda PAS mempertahankan ucapan di parlimen yang menyifatkan syarat Najib untuk menyokong belanjawan seumpama hikayat Puteri Gunung Ledang.

Menurut ahli parlimen Pasir Mas itu, syarat Najib masih terbuka untuk perbincangan, namun apa yang dikesali adalah kerana Najib mengenakan syarat terbabit iaitu lanjutan moratorium enam bulan dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

“Saya mungkin boleh setuju, jika ayatnya berbunyi begini, ‘Saya sokong belanjawan ini, dengan syarat, kerajaan umumkan polisi berhubung moratorium dan KWSP sebagaimana cadangan saya’, itu kedengaran agak munasabah.

“Tetapi meletak syarat, sokong dengan pindaan, nak pinda di mana? Sebab itu saya kata, meletak syarat ini apa tujuannya?

“Hasilnya lahirlah syarat Puteri Gunung Ledang,” tulis Fadhli

Semalam Ahmad Fadhli menyifatkan sokongan bersyarat BN itu sebagai janggal dan ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang kemudiannya dibantah oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi yang mengatakan bahawa syarat Najib bukan hikayat sebaliknya adalah hakikat keluhan suara rakyat.

CATEGORIES