Pemuda PAS Maki Hamun Pemuda UMNO Demi Perkukuh Muafakat Nasional

Pemuda PAS Maki Hamun Pemuda UMNO Demi Perkukuh Muafakat Nasional

Ketua penerangan Pemuda UMNO Terengganu, Armi Irzan Mohd mendakwa ada pihak yang menggelupar tidak tentu hala apabila dibayangkan UMNO akan teruskan bertanding di semua kerusi PRU 15 akan datang dan disokong oleh ketua pemuda UMNO, Asyraf Wajdi dan Presiden, Zahid Hamidi.

Menurut Armi, ada pihak bersama anak buah mereka bagai cacing kepanasan serang pimpinan tertinggi UMNO dengan membabi buta siap dengan poster, desakan mohon maaf, sindiran dan tak kurang maki hamun di medsos demi memperkukuh Muafakat Nasional katanya.

Namun menurut beliau , PAS pula boleh terbentuk jentera pilihanraya parti PN di Terengganu antara PAS & PPBM.

“Inilah masalahnya dikatakan muafakat nasional diperkukuhkan? Dia buat semua boleh.” tulis Armi dalam satu kenyataan.

Menurut Armi lagi, Pemuda UMNO Terengganu berpendirian bahawa akan menyokong sepenuhnya sebarang pendirian Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berhubung situasi politik Terengganu terutama sekira berlaku kemungkinan tidak bersama Pas pada PRU akan datang.

CATEGORIES