Pemuda PAS Kesal Kenapa PAS Dicari Dalam Isu Judi

Pemuda PAS Kesal Kenapa PAS Dicari Dalam Isu Judi

Pemuda PAS mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda Amanah , Zamir Ghazali yang turut mencari PAS dalam isu yang membabitkan judi sebelum ini.

Menurutnya, adakah hanya PAS parti yang memperjuangkan islam di Msia.

TerengganuFokus belum mendapat apa jua respon Zamir dalam perkara ini namun video tersebut mendapat perhatian netizen yang turut membantu menjawab soalan terbabit.

Rosli Sabar dalam ruangan komen video terbabit menyebut, kerana PAS dulu mendesak hal ini sebelum menjadi kerajaan dengan slogan islam terancam namun setelah menjadi kerajaan, tiada apa yang dilaungkan dulu dilaksanakan.

“Sbb dulu zmn ph pas yg terlajak teruja bila ada isu2 mendesak seolah kjaan ph menjahanamkan islam tidak membela islam. Islam terancam bagai. La ni pas dah jadi kjaan..buktikan lah sebaik mungkin. Kes keadilan utk adib mcmana? Mung awang klau nok kecek pung tengok2 la dulu”

Che Wan Khalizan pula mendakwa kerana PAS sudah berkawan dengan setan judi.

“Sebab Pas berkawan dengan setan judi. Haji Eddy pun tak mampu kawal judi oleh itu lebih baik pas bersekingkol dengan judi.”

Izak Izak pula menempelak persoalan tersebut kerana pada zaman PH, PAS lah menghasut orang macam macam dengan perbagai isu.

“Budok bodoh mana ni.bagi aku je jawab soalan budok bodo ni.org cari pas sebab masa zaman PH puak lobaiiii ni yg kuat duk hasut org dgn mcm..mcm isu… yg tu pun di x faham…..”

Amir Hasan pula mendakwa sebelum ini PAS yang selalu ratib isu judi,

“zaman ph pas duk ratib isu judi, konon nak hapus semua bila dh jadi kjaan kenapa bertambah”

CATEGORIES