Pemuda PAS Dakwa Mustahil GRS Menang di Sabah Tanpa PAS , Gesa Lantik Dua Wakil dalam Dun

Pemuda PAS Dakwa Mustahil GRS Menang di Sabah Tanpa PAS , Gesa Lantik Dua Wakil dalam Dun

Pasca kemenangan tipis Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 26 september lalu, PAS sebagai sebuah parti yang dianaktiri dan tidak dibenarkan meletakkan calon oleh rakan komponen bersetuju dengan cadangan Ketua BERSATU Terengganu, Razali untuk PAS diberikann kerusi adun lantikan di Negeri Sabah.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Kejayaan di Sabah tidak dapat diraih tanpa permuafakatan yang utuh, semangat setiakawan di antara parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan parti tempatan yang lain seperti PBS yang sanggup berjiwa besar mengelakkan pertembungan kerusi bagi\ menumbangkan WARISAN.

Tambah Khairil lagi, PAS parti yang membayar harga terlalu mahal untuk memelihara semangat setiakawan di dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada kali iniyang sanggup tidak bertanding, berjiwa besar menyerahkan kerusi tradisi pilihan raya yang selalu ditandingi di kawasan Bumiputera Islam, seterusnya memberi laluan mudah kepada rakan permuafakatan yang lain untuk meraih kemenangan bersama.

“Jentera PAS Sabah dan para Menteri Persekutuan dari PAS turut turun berkempen memberikan penerangan untuk membina keyakinan kepada masyarakat Muslim di Sabah dan pengundi-pengundi tegar PAS agar memberikan undi yang solid kepada rakan permuafakatan sebagai suatu usaha menamatkan kerosakan pemerintahan yang diterajui WARISAN Plus di Negeri Sabah.”, tulis beliau.

Khairil turut mendakwa tanpa peranan dari PAS Sabah, kemungkinan besar Gabungan Rakyat Sabah mungkin menghadapi kesukaran sepanjang PRN Sabah apatah lagi jauh sekali untuk membentuk kerajaan yang dikecapi pada hari ini.

Kerana itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan PAS perlu diberi dua ADUN lantikan sebagai bukti semangat setiakawan atas jiwa besar PAS Sabah sebagai antara faktor kemenangan Gabungan Rakyat Sabah.

CATEGORIES