Pemuda PAS Cadang Masing Masing Bertanding Bersendirian PRU15

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) meneliti dengan serius perkembangan berlaku antara parti komponen Kerajaan hari ini terutama kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu penggunaan bendera Barisan Nasional (BN), penyertaan parti Bersatu dalam Muafakat Nasional (MN) dan pendaftaran PN.

Menurut timbalan ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli, dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook beliau, rakyat kini cukup berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin dan tidak mahu isu politik terus menjadi hidangan mereka sekeluarga di atas meja.

Menurut beliau, Pemuda PAS menyeru semua pimpinan parti di dalam kerajaan, bawalah pandangan ke meja rundingan, tidak perlu berdebat secara terbuka yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat bahkan semakin menambahkan tanda tanya dan kekusutan kepada rakyat, dan keputusan dalaman yang dibincangkan di peringka tertinggi mestilah secara telus diterangkan dengan baik dan positif kepada rakyat, bukannya hanya bersifat kepentingan peribadi.

Tambah Fadhli lagi, sekiranya semua pihak kelihatan lebih cenderung untuk berdebat secara terbuka dan tidak mahu lagi menggunakan meja rundingan, Pemuda Pas mencadangkan tidak perlu lagi diadakan rundingan dan semua pihak yang tidak berpuas hati dipersilakan masing-masing bertanding secara sendirian dalam pilihan raya datang.

CATEGORIES