Pemuda Harapan Terengganu Gesa Menteri Berhenti Buli Mahasiswa

Pemuda Harapan Terengganu Gesa Menteri Berhenti Buli Mahasiswa

Pemuda Harapan Terengganu dalam satu kenyataan bersama mendesak kerajaan dan dua timbalan menteri untuk berhenti buli mahasiswa tular, Veveonah yang mendedahkan masalah jaringan internet di kampung sebaliknya mendesak untuk kerajaan menyelesaikan masalah sebenar.

Pemuda HARAPAN Terengganu melahirkan rasa kesal apabila mahasiswa menjadi mangsa buli dua ahli parlimen bertaraf timbalan menteri iaitu Zahidi Bin Zainul Abidin dan Abdul Rahim Bakri yang menuduh Saudari Veveonah menipu dan sekadar mencari publisiti murahan apabila memuatnaik video menjawab peperiksaan di atas pokok.

Menurut kenyataan media Pemuda Harapan Terengganu, Pembulian tersebut telah memberi kesan kepada saudari Veveonah, sekaligus menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional langsung tidak mengendahkan realiti sebenar masalah yang dihadapi mahasiswa luar bandar berhubung jaringan internet.

Pemuda Harapan turut melahirkanr rasa kecewa apabila kementerian pengajian tinggi seolah bisu untuk membela nasib mahasiswa terbabit.

Pemuda HARAPAN Terengganu yang diwakili Hasbie Muda sebagai Ketua Pemuda Harapan, menuntut Kedua dua Timbalan Menteri PN untuk memohon maaf kepada Veveonah Mosibin dan mahasiswa umumnya dan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada isu akses internet terutama diluar bandar.

CATEGORIES