Pemuda HARAPAN Terengganu Desak Kerajaan Dedah Laporan Audit 2018

Pemuda HARAPAN Terengganu Desak Kerajaan Dedah Laporan Audit 2018

Ketua Pemuda Pakatan Harapan Terengganu, Hasbie Muda mendesak kerajaan mendedahkan hasil laporan audit 2018 berkenaan beberapa hal berbangkit yang belum terjawab.

“2 bulan sebelum PRU 14, Kerajaan Negeri Terengganu bawah MB Dato’ Seri Ahmad Razif ada buat pesanan kerajaan (LO) untuk membekalkan tuala bersulam serta kain pasang tanpa melalui kaedah perolehan sebut harga.”

“LO keluar bulan Mac manakala permohonan pengecualian kaedah perolehan sebutharga dibuat pada bulan April dan diluluskan pada bulan April.”

Hasbie mempersoalkan alasan yang diberi iaitu mendakwa ia program adhoc dan bertanya sekiranya adalah adhoc kerana bakal diadakan PRU14 waktu itu kerana ia melibatkan kos RM3.18 untuk tuala bersulam dan RM1.176 juta untuk kain pasang.

Beliau mendesak supaya perbelanjaan itu di detailkan seperti jumlah helai tuala dan kain pasang yang ditempah, dan siapa pembekal dan penerima.

Perkara ini menurut beliau perlu dijawab sebelum audit 2019 dikeluarkan tidak lama lagi.

CATEGORIES