Pemimpin AMK Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Penerangan Keadilan Terengganu

Pemimpin AMK Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Penerangan Keadilan Terengganu

Ketua Wanita Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu, membuat satu laporan polis terhadap Syed Mohd Amin Bin Tuan Sharif, Ketua penerangan parti Keadilan Terengganu berhubung kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh Syed Mohd Amin, Mac lalu.

“Untuk makluman saya sudah membuat laporan polis berkenaan hal ini di bawah Seksyen 499/500 Kanun Keseksaan dan Akta Fitnah 1957 di bawah jenayah sivil.

“Tempoh masa 3 hari sudah berlalu jadi saya sudah memulakan tindakan undang-undang atas fitnah secara jelas yang sengaja ingin menjejaskan imej dan reputasi saya,” tulis Yuslaini dalam kenyataan beliau di Facebook.

Dalam laporan terbabit, Yuslaini mengadu berkenaan satu kenyataan media dikeluarkan oleh Syed Mohd Al Amin yang mendakwa beliau ditahan oleh pihak polis dibawah akta hasutan , namun menurutnya perkara terbabit tidak pernah berlaku.

Menurut Yuslaini, kenyataan yang dikeluarkan Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Terengganu adalah tidak berasas.

Namun walaupun setelah mengetahui keadaan sebenar, menurut Yuslaini pihak MPN tidak menarik kenyataan terbabit dan tidak juga memohon maaf.

Perkara ini mendorong satu laporan polis dibuat oleh Yuslaini pada 30 Mac lalu..

CATEGORIES