Pemimpin AMANAH Nafi Putus Asa Dengan Anwar

Pemimpin AMANAH Nafi Putus Asa Dengan Anwar

Portal Malaysiakini melaporkan penafian seorang pemimpin AMANAH bahawa parti tersebut putus asa dengan Anwar.

Menurut pemimpin yang tidak dinamakan itu, AMANAH dan DAP tidak pernah berputus asa dengan Presiden PKR terbabit dan tidak pernah timbul soal untuk ketepikan Anwar.

Namun menurutnya lagi, dakwaan Anwar mempunyai nombor dari hari ke hari tidak dapat dibuktikan. Itu bermaksud nombor yang disebut sebut itu tidak ada walaupun sudah beberapa kali mengundi di parlimen.

Beliau enggan komen lebih soal nombor kerana bimbang PKR akan mendakwa AMANAH mengetepikan Anwar.

Anwar pada 23 September memgumumkan memiliki sokongan cukup untuk membentuk kerjaan dan dipercayai wakil rakyat UMNO bersamanya setelah tersebar surat sokongan yang ditandatangani Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Namun pemimpin PH menegaskan beberapa kali gabungan itu tidak dapat menerima sokongan daripada ahli parlimen yang terpalit dengan skandal atau sedang dibicarakan.

CATEGORIES