Pembeli Rumah Dizalimi Kesal Permintaan Jumpa MB Tidak Dilayan

Pembeli Rumah Dizalimi Kesal Permintaan Jumpa MB Tidak Dilayan

Pembeli di sebuah projek perumahan yang terletak di Kg Gong Cempedak, dalam Parlimen Marang kesal apabila permintaan untuk berjumpa Menteri Besar bagi membantu menyelesaikan permasalahan perumahan mereka, tidak dilayan.

Sebanyak dua kali surat dihantar masing masing pada 2020 dan 2021 untuk bertemu menteri besar, Samsuri Mokhtar namun tidak dilayan oleh Adun Rhu Rendang itu sehingga memaksa mereka mengadu kepada pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Raja Bahrin Syah.

Berdasarkan dua surat yang dihantar kepada Menteri Besar, pembelian rumah itu dibuat pada tahun 2016 dan dijangka siap pada 2018, namun sehingga kini (2021) rumah tersebut masih terbengkalai.

Pada masa yang sama, pinjaman perumahan masih terus dibayar kepada pihak bank sehingga kini walaupun projek tersebut sudah terbengkalai.

CATEGORIES