Pembanci Kesal Duit Upah Dijanjikan Belum Dibayar

Pembanci Kesal Duit Upah Dijanjikan Belum Dibayar

Exco Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda membangkitkan soal pembayaran upah pembanci profil rakyat Terengganu yang dibuat pada tahun lalu yang masih belum dibayar.

“Saya ada terima satu personal message dari individu yang meminta saya bangkitkan soal pembayaran upah pembanci profil rakyat Terengganu yang dibuat pada tahun lepas.”

“boleh tolong tanya kerajaan negeri Terengganu bila nak bayar upah kepada pembanci profile rakyat Terengganu PRT yang dibuat tahun leas tu.” adu pengadu yang dikongsikan tangkap layar mesej terbabit di page Facebook rasmi beliau.

“Untuk makluman, saya yang turut serta sebagai pembanci di Dun Air Putih tak menerima apa apa yang dijanjikan.”

“Dulu janji satu borang RM1. Janji tinggal janji.”

Menurutnya, jika benar bayaran masih belum dibuat, tindakan itu adalah satu bentuk kezaliman kepada pekerja terbabit.

“Dan jika benar bayaran masih belum dibuat, ia adalah satu kezaliman kepada pekerja terbabit dan mungkin ramai lagi.”

Beliau memetik hadis Nabi SAW;

أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ ، قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

Maksudnya: “Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering peluhnya.”

Hasbie mengesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera.

“Diharap pihak berwajib boleh mengambil tindakan segera, menyiasat dan jika benar, elok disegerakan bayaran.”

CATEGORIES