Pemandu Lori Marah Disamakan Dengan Menteri

Gambar Hiasan

Persatuan Pengusaha Lori Johor kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyamakan keadaan pekerjaan pemandu lori dengan pelanggaran SOP kuarantin oleh menteri perladangan Khairuddin Aman Razali.

Lapor Malaysiakini, presiden persatuan itu, memberitahu¬†penjelasan Tuan Ibrahim adalah “tidak masuk akal” dan sepatutnya tidak boleh menggunakan rakyat sebagai contoh untuk melepaskan menteri itu daripada kesalahannya.

“Ini bukan hal yang sama. Ketika menteri telah melakukan sesuatu yang salah, beliau tidak boleh menyeret orang lain ke dalamnya.

“Kami telah mendapat kebenaran untuk mengirimkan barang dan produk sejak awal ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi dan tugasan ini tidak boleh dibandingkan dengan perjalanan menteri ke luar negara.

Pemandu Lori pun tidak dikuarantin

“Kamu sebagai pemimpin kerajaan mesti bersikap adil. Sekiranya kamu salah, kamu salah dan tidak boleh menggunakan orang lain sebagai kambing hitam,” katanya dipetik Malaysiakini

Menurut Presiden Persatuan Pemandu Lori itu lagi, Tuan Ibrahim mesti memberi tauladan yang baik sebagai menteri bukan mempertahankan kesalahan yang jelas.

SOP Pemandu lori ke Singapura mempastikan tiada kontek rapat antara individu dimana pemandu tidak dibenarkan keluar lori sebaliknya pekerja tempatan akan memunggah barangan ke dalam lori.

CATEGORIES