Peluang Anwar Menjadi Perdana Menteri Semakin Cerah

Peluang Anwar Menjadi Perdana Menteri Semakin Cerah

Pengumuman Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada 23 september lalu berkenaan sokongan yang bliau peroleh untuk menubuhkan kerajaan tidak sewajarnya dipandang enteng. Walaupun ada beberapa siri kekecewaan namun pengumuman terbaharu beliau memperlihatkan keyakinan jelas bahawa beliau mampu merampas kembali mandat rakyat yang dikhianati oleh BERSATU dan kumpulan Azmin Ali dalam PKR.

Keberantakan antara BERSATU dan UMNO juga makin terlihat apabila ramai pimpinana UMNO mendesak Presiden UMNO, Zahid Hamidi menilai kembali sokongan kepada Muhyidin.

Terbaharu, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan turut membawa seruan serupa apabila beliau merasakan UMNO tidak peroleh keuntungan dari situasi politik semasa bahkan semakin terpencil.

Muhyidin yang hanya mempunyai sokongan tersangat nipis iaitu 2 undi di Parlimen hanya menghitung hari untuk tumbang dan merasakan kembali kejahatan yang dilakukan olehnya kepada rakan rakan dalam Pakatan Harapan.

Hal ini menjadikan peluang Anwar, yang mengetuai 92 kerusi dalam Pakatan Harapan berupaya untuk merampas kembali mandat yang dikhianati.

CATEGORIES