Pekerja Hotel Genting Diutamakan Dapat Suntikan Covid-19 ?????

Pekerja Hotel Genting Diutamakan Dapat Suntikan Covid-19 ?????

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengesahkan pekerja di 56 hotel di Pahang, termasuk di Genting Highlands, telah menerima suntikan vaksin dos pertama.

Namun, dia menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa dia telah memberikan arahan untuk pekerja di hotel dan kasino Kumpulan Genting divaksin lebih awal berbanding warga emas dan guru yang masih menunggu vaksinasi di daerah Bentong sebaliknya tindakan itu dibuat oleh Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Pahang.

“Pihak CITF Persekutuan hanya mengetahui tentang keputusan CITF Negeri ini selepas mereka memulakan vaksinasi kepada kumpulan tersebut, lapor portal Malaysiakini

“Susulan daripada kejadian ini, saya telah menulis surat kepada Kerajaan Negeri Pahang pada 12 April 2021 bahawa keputusan untuk menyenaraikan kumpulan awal penerima vaksin adalah di bawah bidang selia JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin).

“Sehingga mana-mana kumpulan disenaraikan, keputusan senarai keutamaan terdahulu adalah terpakai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

CATEGORIES