PEJUANG Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Maszlee

PEJUANG Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Maszlee

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengucapkan selamat maju jaya kepada JK Penaja parti terbabit, Dr Maszlee Malik selepas beliau menarik diri daripada parti serpihan BERSATU.

Setiausaha Agung Penaja Pejuang, Amiruddin Hamzah berkata, pihaknya berterima kasih kepada Dr. Maszlee atas sumbangan yang diberi selama ini.

“Pejuang mengucapkan selamat maju jaya dalam segala usaha beliau yang akan datang,” katanya

Maszlee Malik semalam mengumumkan penarikan dirinya sebagai AJK Penaja Penubuhan Pejuang dan akan menumpukan sepenuhnya untuk membantu rakyat d Simpang Renggam

CATEGORIES