PEJUANG Tolak Belanjawan 2021

PEJUANG Tolak Belanjawan 2021

Pengasas parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau dan ahli parlimen yang bersama beliau akan menolak belanjawan yang akan diundi, esok.

Menurut Mahathir, rakyat telah melihat betapa mengecewakan proses perbahasan Belanjawan berjalan. Selain dari perbahasan yang terhad,beliau juga kesal tidak ada sebarang tanda dipihak Kerajaan untuk mendengar atau menerima pandangan yang telah diajukan oleh ahli-ahli parlimen.

Beliau juga kesal pihak Kerajaan bertindak mengugut ahli-ahli Parlimen dengan naratif bahawa jika Belanjawan 2021 tertolak maka gaji, elaun dan pencen penjawat awam dan “frontliners” tidak dapat dibayar. Menurut Mahathir, belia utelah terangkan sebelum ini bahawa jika Belanjawan tidak lulus ia tidak akan menghalang penyaluran gaji, pencen dan elaun penjawat awam dan “frontliners”. Begitu juga dengan bantuan kewangan untuk keperluan rakyat tidak akan terjejas.

Ahli parlimen Langkawi itu juga mendakwa yang menjadi keutamaan PN ialah untuk memastikan Belanjawan yang mementingkan kelangsungan politik ini dilulus seberapa segera yang mungkin dan turut mempertikaikan layanan “double-standard” dalam isu kuarantin 14 hari.

“Kerana itu, saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi pihak rakyat sehingga penggal perkhidmatan kami sebagai wakil rakyat tamat.” tulis Mahathir

CATEGORIES