PAS Umum Tidak Bersama Perbentukan Kerajaan Baharu Di Perak

PAS Umum Tidak Bersama Perbentukan Kerajaan Baharu Di Perak

Setelah Menteri Besar Perak dari BERSATU, Faizal Azumu hilang kepercayaan majoriti Adun sebagai menteri besar Perak, PAS petang ini mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersama perbentukan kerajaan baharu di Negeri Perak.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong Pas itu membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan Negeri Perak yang baharu.

“PAS mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang telah berlangsung di dalam Dewan Undangan Negeri Perak hari ini di mana tiga (3) ADUN PAS menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat.” tulis SU Agong PAS dalam satu kenyataan.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk TIDAK menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.”

“Meski pun demikian, PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat Negeri mahupun nasional.”

CATEGORIES