PAS UMNO Ibarat Dua Kepala Lutut – Presiden PAS

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui PAS cemas apabila UMNO BN tewas PRU14 yang lalu.

Menurut Abdul Hadi, PAS melihat tiada parti yang “berasaskan Islam” memenangi PRU berkenaan.

“Parti bukan Islam kuasai PRU14. PAS jadi cemas walaupun BN dan Umno yang kalah. Kita ini macam kepala lutut – pukul lutut kiri, kanan akan terasa,” kata Abdul Hadi sebagaimana dipetik Utusan Online hari ini.

Sebelum Pru14, PAS menafikan sebarang hubungan dengan UMNO dan mendakwa sebarang tuduhan mengaitkan antara PAS dan UMNO adalah FITNAH dari parti AMANAH dan Pakatan Harapan.

CATEGORIES