PAS Tidak Ikhlas Perjuangkan Islam

Adakah anda semua bersetuju dengan sikap PAS ini? Dahulu semasa menjadi pembangkang begitu banyak isu isu agama dipolitikan termasuklah RUU355 ini.

Ceramah diadakan disana sini dengan mengatakan WAJIB untuk menyokong RUU ini lalu dianjurkan himpunan padang merbok bagi menaikkan sentimen agama dikalangan penyokong dan juga bagi membuka ruang sedikit demi sedikit untuk menampilkan pimpinan UMNO kepada penyokong penyokong mereka.

PAS tahu jika mereka mengumumkan penggabungan bersama UMNO sejurus keluarnya mereka daripada Pakatan Rakyat, ianya akan membenarkan dakwaan bahawa PAS ingin menubuhkan unity goverment (UG). UG telah mendapat tentangan hebat oleh Al-marhum TGNA dan ahli ahli PAS sendiri. Maka selepas pemergian Al-marhum TGNA, strategi pembawa agenda UG ini diteruskan dan dijenamakan semula atas nama baru yang lebih dikenali sebagai PENYATUAN UMMAH.

Setelah PENYATUAN UMMAH berjaya mereka mengorak langkah seterusnya kepada agenda penubuhan MUAFAKAT NASIONAL (MN). Ini kerana mereka tahu tanpa sokong pengundi BUKAN MELAYU dan BUKAN ISLAM mereka tidak akan dapat membentuk kerajaan. MN telah menyatakan persetujuan untuk berkerjasama dengan BN.

Setelah berjayanya penubuhan MN, PAS mula melanggar beberapa prinsip mereka sendiri, sebagai contoh PAS tidak bersetuju dengan rampasan kuasa kerajaan perak suatu ketika dahulu dan menyalahkan penglibatan pemimpin utama UMNO dan tidak berapa menyalahlan adun adun yang melompat. Akhirnya PAS sendiri melakukan perkara yang sama, mereka memainkan peranan mereka bersama beberapa pimpinan utama UMNO untuk menjatuhkan kerajaan PH.

Setelah PAS berjaya menjadi kerajaan, setelah berjaya menjadi menteri dan kuasa berada ditangan mereka, satu demi satu Allah swt menzahirkan wajah sebenar mereka samaada mereka benar benar ikhlas memperjuangkan agama islam atau sebenarnya PAS tidak lebih daripada hanya sebuah parti politik. Lebih parah apabila PAS sering munggunakan dalil dalil agama untuk mengikat sokongan ahli dan umat islam terhadap mereka.

Maka ini merupakan contoh terkini apabila KEWAJIPAN RUU355 versi PAS tidak disegerakan oleh PAS sendiri, walaupun mereka begitu berapi api satu masa dahulu. Permasalahan COVID-19 tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk menangguhkan proses perlaksanaan RUU tersebut. Segala permasalahan dan kewajipan harus dilaksanakan seiring. Dalam kita menangani permasalahan COVID-19 tidak pula ia menggugurkan kewajipan solat 5 waktu, maka mengapa boleh pula menggugurkan “keWAJIBpan” RUU355 versi PAS?

Diharapkan penyokong dan ahli ahli PAS semakin sedar dan berhijrahlah sokongan anda kepada Pakatan Harapan khususnyan Parti KEADILAN Rakyat. Ayuh kita sama sama meneggakkan KEADILAN sebenar untuk semua seperti mana yang dituntut oleh Al-quran dan As-sunnah.

Salam Reformasi, LAWAN TETAP LAWAN.

Mohd Huzaifah bin Md Suhaimi

CATEGORIES
TAGS