PAS Mungkin Tinggalkan BERSATU Jika PN Jatuh

PAS Mungkin Tinggalkan BERSATU Jika PN Jatuh

Keputusan UMNO dan Pas untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi menjadi penamat pertelingkahan dua parti Melayu terbesar negara sejak 60 tahun lalu.

Hubungan PAS dan UMNO mungkin ada sedikit turun apabila PAS kekal bersama Perikatan Nasional walaupun UMNO mengumumkan menarik diri sebelum ini, namun apabila MN didaftarkan secara rasmi, ikatan dan keutuhan hubungan kedua parti terbabit kini tidak boleh diganggu gugat samada dari dalam mahupun luar.

Walaupun semalam sepatutnya diadakan mesyuarat untuk memutuskan kedudukan BERSATU dalam MN, namun ia dibatalkan atas alasan SOP Covid, namun beberapa pandangan menyebut ia kerana UMNO jelas menolak keberadaan BERSATU dan sekiranya keputusan itu dimuktamadkan, akan menimbulkan kekacauan politik dan merosakkan hubungan sediada antara PAS dan BERSATU.

PAS kini menjadi ahli dua gabungan parti politik iaitu Perikatan Nasional bersama BERSATU dan Muafakat Nasional bersama UMNO.

Namun diprcayaai, ikatan bersama BERSATU mungkin terurai sekiranya kerajaan PN jatuh atau setelah parlimen dibubarkan bagi mengelakkan pembahagian kerusi yang lebih memeningkan.

CATEGORIES