PAS Mungkin Tidak Dilantik EXCO Perak

PAS Mungkin Tidak Dilantik EXCO Perak

PAS mungkin terlepas kedudukan sebagai Exco kerajaan Negeri Perak walaupun merupakan sebahagian dari parti pemerintah di Negeri itu.

Menteri Besar Perak yang baru mengantikan Faizal Azumu, Datuk Saarani Mohamad ini sebelum menghantar lima nama untuk dilantik sebagai kumpulan pertama Exco Perak iaitu tiga dari Umno dan satu masing-masing dari Bersatu dan Pas namun hanya wakil dari UMNO dan Bersatu yang diterima manakala wakil dari PAS tidak.

PAS sebelum ini membatalkan upacara menghadap Sultan Perak setelah mendapat arahan dari PAS Pusat, walaupun diperintahkan berbuat demikian oleh Sultan pada waktu itu.

Mereka pada mulanya menafikan telah bertindak derhaka kepada Sultan namun setelah tidak mendapat jawatan Exco Perak, ketiga adun PAS mengutus surat memohon ampun dari baginda.

“Kami dengan rasa rendah hati menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Perak atas kekhilafan tidak menghadap sebagai mana titah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan pada Selasa, 8 Dis pukul 3 petang,”

CATEGORIES