PAS Kuala Terengganu Bersedia Berdepan Pilihan Raya Bila Bila Masa Sahaja

PAS Kuala Terengganu Bersedia Berdepan Pilihan Raya Bila Bila Masa Sahaja

Ahli parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menegaskan bahawa PAS Kuala Terengganu sentiasa bersedia untuk berhadapan PRU15 pada bila bila masa sahaja.

Menurut Amzad dalam satu video temubual yang dimuatnaik dalam Facebook beliau, PAS Kuala Terengganu sudah memulakan pelancaran jentera PRU 15. Menurut beliau lagi, beliau sudah menjangkakan bahawa sebaik sahaja mengambil alih kerajaan, pilihan raya akan diadakan juga dalam masa terdekat kerana kerajaan PN berada dalam majoriti tidak selesa (2 majoriti)

Maka Amzad beranggapan perlu diserahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu.

Menurut ahli parlimen Kuala Terengganu itu lagi, PAS Kuala Terengganu sudah diberi penekanan dalam aspek PRU dan jentera mereka bersiapa siaga berdepan PRU15 pada bila bila masa sahaja.

Namun , beliau turut menegaskan supaya kerajaan jangan mengambil risiko yang boleh membahayakan nyawa rakyat sekiranya PRU15 diadakan dalam keadaan penularan wabak Covid-19 yang sudah mencecah 4 angka.

CATEGORIES