PAS Ikrar Tawan Semua Kerusi BN Di Besut

PAS Ikrar Tawan Semua Kerusi BN Di Besut

PAS Terengganu akan menawan semula tiga lagi kerusi DUN di Parlimen Besut pada PRU ke-15, kata Ketua Penerangannya, Wan Sukairi Wan Abdullah, lapor portal Terengganu Report.

“PRU 15 ini bukan sahaja dapat mempertahankan Kota Putera, kita juga akan dapat mengambil semula DUN Jertih, kita akan mengambil semula DUN Kuala Besut dan DUN Hulu Besut kerana keempat-empat DUN ini dimulakan sejarahnya dengan kemenangan berpihak kepada PAS pada tahun 1969.

“Ingat! Kali pertama kita menang 2 tahun 4 bulan (1969), kali kedua kemenangan kita bertahan 4 tahun 5 bulan (1999). Pastikan, usahakan kemenangan ketiga yang dimulakan 2018 akan berterusan sampai bila-bila, InsyaAllah,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri berkata demikian ketika berucap di program Pelancaran Jentera PRU ke-15 DUN Kota Putera di Dewan Limbongan, Besut pada 25 Mac 2021.

PRU ke-14 lalu, ketiga-tiga DUN berkenaan dimenangi calon BN iaitu YB Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (Kuala Besut), YB Dato’ Muhammad Pehimi Yusof (Jertih) dan YB Nawi Mohamad (Hulu Besut) manakala PAS memenangi kerusi Dun Kota Putera.

Parlimen Besut turut dimenangi calon BN, YB Dato’ Seri Idris Jusoh.

Sumber rujukan berita : https://www.terengganureport.com/2021/03/pas-mahu-tawan-tiga-lagi-kerusi-dun-di.html?m=1&fbclid=IwAR2zPRBh4XhcbuZyBayLP8or2w5bDXyWmXjIg8DMJ38mpmIwOL23sZYQE5E

CATEGORIES