PAS Gesa BN Istiqamah Pertahan Kerajaan Muhyiddin Yassin

PAS Gesa BN Istiqamah Pertahan Kerajaan Muhyiddin Yassin

PAS hari ini menzahirkan kesetiaan 18 ahli parlimennya terhadap kepimpinan perdana menteri Muhyiddin Yassin kerana menurutnya kerajaan Perikatan Nasional merupakan kerajaan yang prihatin terhadap rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin juga meminta Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan YAB Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional yang dibina bersama setelah kerajaan Pakatan Harapan tumbang dikhianati kumpulan Azmin Ali dan BERSATU.

PAS turut menyeru seluruh rakyat Malaysia berdoa supaya dihapuskan wabak Covid-19 dengan segera dan negara ini kembali selamat, aman dan bersatu-padu.

Malam tadi, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa kerjasama ditambah baik berdasarkan nilai hormat menghormati dan konsensus politik.

Kerajaan Perikatan Nasional hilang kestabilan apabila UMNO menarik diri dari menjadi sebahagian komponen namun hanya menyokong kerajaan sediada bagi mengantikan Pakatan Harapan.

Kemelut politik negara kian membarah apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau memiliki sokongan majoriti ahli parlimen dipercayai dari UMNO setelah tersebar surat sokongan yang ditandatangani Presiden UMNO, Zahid dan Najib Razak.

Muhyiddin telah membawa cadangan untuk melaksanakan darurat bagi menyelamatkan kedudukan beliau yang diluluskan oleh kabinet namun tidak diperkenan Yang Di Pertuan Agong.

CATEGORIES