PAS Desak UMNO Beri Penjelasan Isu MP Sokong Anwar

PAS Desak UMNO Beri Penjelasan Isu MP Sokong Anwar

PAS hari ini mengeluarkan satu kenyataan media mendesak UMNO untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO terhadap YAB Perdana Menteri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha agung PAs, sekiranya dakwaan tersebut benar maka bermaksud UMNO telah tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019 dan sekaligus bermaksud UMNO bertanggungjawab untuk meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Presiden UMNO sebelum ini menyebut beliau tidak dapat menghalang mana mana ahli parlimen UMNO yang mahu memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim dan kenyataann beliau disokong oleh Pengerusi BN Johor, Nur Jazlan. Hishamudin Tun Hussein pula mendesak ahli parlimen PN yang menyokong Anwar untuk meletakkan jawatan.

PAS bakal kehilangan beberapa jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya kerajaan perikatan nasional jatuh, termasuk satu jawatan duta khas perdana menteri ke timur tengah bertaraf menteri iaitu Presiden Pas sendiri.

Ahli parlimen PAS juga berisiko kehilangan banyak jawatan di GLC dan agensi kerajaan.

CATEGORIES