PAS Bertegas UMNO Mesti Menerima BERSATU Atau Bersendirian PRU15 Nanti

PAS Bertegas UMNO Mesti Menerima BERSATU Atau Bersendirian PRU15 Nanti

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa mengatakan UMNO tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu sekiranya UMNO meninggalkan BERSATU.

Menurut Annuar ini kerana PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu.

“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).

“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?

“.. berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,”

Annuar menyatakan demikian dalam temubual bersama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, semalam.

Menurut Annuar,pendirian PAS itu disebut dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional sebelum ini.

Annuar turut menempelak dakwaan mengatakan UMNO tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam PN,yang menurut Annuar hanya rekaan semata mata. Menurut Annuar lagi, parti telah menerima struktur kabinet tersebut ketika menyertai kerajaan sebelum ini jadi kenapa suara tidak puas hati baru timbul kini.

UMNO sebelum ini membentuk kerjasama dengan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional setelah kedua parti terbabit tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

CATEGORIES