PAS, BERSATU Terengganu Sedia Berdepan UMNO PRU15

PAS, BERSATU Terengganu Sedia Berdepan UMNO PRU15

PAS dan PPBM Terengganu bersedia untuk berdepan UMNO pada PRU15 akan datang sekiranya UMNO berkeras tidak memberi laluan kepada PPBM.

Menurut Ketua PPBM Terengganu, Razali Idris, parti beliau bersedia melawan UMNO jika ia tidak boleh dielakkan lagi. Walaubagaimana pun isu pembahagian kerusi antara PN dan Barisan Nasional (BN) diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat, dan negeri akan patuh kepada setiap arahan.

“Sebagai parti politik PPBM bersedia bertembung jika tidak boleh nak elak, tetapi kita berusaha untuk tidak bertembung (dengan Umno) untuk menjaga kepentingan pemerintahan Melayu-Islam dan tidak membuka peluang pada DAP kembali berkuasa,” katanya dipetik FMT.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Terengganu G Balachandran, juga mengatakan bahawa PAS bersedia bertembung dengan Umno jika terpaksa.

“Pendapat peribadi saya, kita sebolehnya tidak mahu bertembung dengan Umno, tapi apa pun kita bersedia segala kemungkinan, kalau kita nak bermuafakat bersama Umno kita bersedia dan kalau kita terpaksa bersendirian juga kita bersedia.

“Kita tidak ada masalah dan kita serah kepada rakyat untuk menentukan pilihan. Tapi kalau mereka tetap nak tanding semua 32 kerusi DUN saya fikir itu juga mungkin ada hikmahnya,”

CATEGORIES