PAS Belum Pasti Akan Berpihak Yang Mana Jika PN Tumbang

PAS Belum Pasti Akan Berpihak Yang Mana Jika PN Tumbang

Walaupun semalam PAS menegaskan bahawa kesemua ahli parlimen mereka kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional, namun perkara itu berubah sekiranya kerajaan tersebut jatuh.

Hal ini disebut oleh Naib Presiden PAS, Nik Amar Abdullah bahawa untuk hari ini, mereka masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

“Kita kekal bersama Tan Sri Muhyiddin… 18 orang ahli parlimen kita.

“Setakat ini pendirian PAS, kita mendukung PN dan bersama Muafakat Nasional (MN),” kata Nik Amar

Apabila ditanya jika benar PN tumbang, Nik Amar menjawab “Itu cerita lain, kita tengoklah. Pendirian kita setakat ini macam tu.”

PAS memiliki 18 ahli parlimen melalui Pilihan raya umum ke 14 lalu iaitu berkurang 6 kerusi berbanding sebelumnya. PAS sebelum ini konsisten memberi sokongan kepada Tun Mahathir sebagai perdana menteri bagi menghalang Anwar Ibrahim mengantikan Mahathir. Hal demikian dapat dilihat PAS besekongkol dengan pengkhianat Pakatan Harapan untuk mengambil alih kerajaan sebelum kuasa diserahkan kepada Anwar pada Mei 2020.

CATEGORIES